Bab 1
Tanggal 8 Disember 2015 hari Selasa, Oni mengorak langkah untuk melangkah ke 'gerbang peperangan' akhir semester. Berdasarkan rekod-rekod dan sejarah lepas, Oni selalu sahaja lewat menghantar tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Oni kini sudah berada di semester ke 7 dalam bidang Penganjian Asia Tenggara di Universiti Malaya. Dia merupakan seorang pelajar yang acap kali menimbulkan masalah di Jabatan Asia Tenggara dek sikapnya yang selalu bertangguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Akan tetapi, usahanya untuk berubah menjadi seorang insan yang menepati waktu tidak pernah padam. Dirinya terkapai-kapai mencari Oni yang seperti satu ketika dahulu. Persoalannya sekarang, apakah yang telah dilakukan oleh Oni dahulu? Siapakah Oni sebenarnya? Mengapa dia berubah menjadi seorang yang teruk dan kemudiannya ingin berubah kembali menjadi Oni yang dahulu? Tunggu sambungannya...